Rabu, 14 November 2007

Fwd: murtad kerana cinta

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, awahidah@... wrote:


kembalikan anakku Nur Amana

Senja menyerakkan warna di u***** barat ketika aku keluar daripada
perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh
dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod
hari
ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan. "Sabarlah,
Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum
aku
melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar
kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang
terindah.
Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang
terus
sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan
terus
dipertahankan.

Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir
tanpa
henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi
fanaini.
Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur
Amana,
puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta. Semuanya
telah tiada. Sekelilingku pemuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan
saban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini
dipenjara.
Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat
yang
saban hari ditiupkan dalam rohku.

Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan
hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah
Ad-Dhuha. "Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila
telah
sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci
hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti
akan
melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah
melindungimu?.
Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia
mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan".
Astagfirullah!.
Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah
bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak
yang
melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon
istighfar.
Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar
letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadan tidak menentu.
Makan
minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku
penuh
kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita
yang
bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang Puan
mengandung...," dia tersenyum memandangku. "Iyakah?," Aku seperti
tidak
percaya. Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi... memang
mahu
anak awal?", tanyanya. Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira,
sampaikan
ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya.
Suamiku
yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?,"
Tanyanya.
"Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau Abang nak...
adalah!".

Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.
Tuhan,syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.
Seperti
sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.
Dia
menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-
galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang
diingatkan padaku. Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan
Siti
Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan
melahirkan
anak tanpa bapa. Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya
menjadi
hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan
seorang puteri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi
perlindungan
daripada syaitan yang terkutuk.

Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan
teguh
memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari
kubisikan
kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku
pasti
ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan
harapanku dan
saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah
Yasin,
Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam
pengalamanku.
Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah.
Dan
alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak,
memberi
tindak balas pada kalimahtayyibah yang diajarkan.

Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan
mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku.
Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk
di
kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan
suamiku.
Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya.
Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki
iman
setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang
terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan
suami.
Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi
selepas
kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri
seorang itu
sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku
tidak
banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima
dengan
reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang
tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati
orang
lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan
syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari
dari
syurga. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat
tiba
pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang
cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika
Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku,
aku
yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu
menangkis
segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar
biarpun
hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
Terkenang
telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan
tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang.
Kerabu
pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air mata.
Lauk
itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila sekali
sekala
suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.
Lima
tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan
membanggakan. Air
mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah
yang
mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.
Dan di
luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang
ketara. Dia
berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung
gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada
kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya
memakai
purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir
tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan
keadaan
yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum
mendengar
pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki
untuk
hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan
hatiku
berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan
pulang dari
Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Aku
tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai
eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-
hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana
mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung
diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku
tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.
Sehinggalah
suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah
menghantar
permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar
jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah.
Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami
mengambil
langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur
Amana
sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau
tidak
ada apa-apa?. Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga
timbul
fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.

Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa.
Yang
pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan.
Sehelai
kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai
apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat
solat
Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan
meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang,
sekali
lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat
bersama. Dan
sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan
kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan
olehnya. Nur
Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah
mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari ini begitu?
Mataku
dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan
solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur,
mengisi perut yang berrkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama
tapi
beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana
menolak pintu bilik lagi, tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana
duduk
dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24
tahun itu
kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah
jambunya
yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh
suamiku.

Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma
fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana,
anakku
masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi.
Permohonan
Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana
berada
di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian
sedunia.
Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini
turut
menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan
lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke
Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar
sederhana
besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya
telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis
tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya.

Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu
adalah
berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya.
Aku
menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera
menghubungi
mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu
menyakitkan.
Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi
begitu?
Subhanallah! Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila
mendapati
pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan
pertanyaan
demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus
berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya
mencintai
Adam... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan
terperangkap
dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke
pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur
Amana
menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana
membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan
bahawa
"cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah
memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak
pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis
tidak
menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang
dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi
hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik.
Pendidikan ibu
bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang
menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda
berdarah
India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan
mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki
janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib
dibuat
dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di
dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya
tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.
Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada
rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah
berumur
lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat
tersenyum lega.

Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan
dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana
bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus
berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan
suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan
membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya
gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya. "Demi Allah!
Aku
bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang
kafir!".
Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang
telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.
Mahkamah
sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu
disambut
dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan
keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya
semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang
penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku
meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis
melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.
Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda
yang
tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,
teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur
Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.
Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.

Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka
kepada
mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan
sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di
ruang
tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari
tadi
aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui
wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat
dan
Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak
putus.
Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap...
pulanglah
anakku, Nur Amana!.

Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga
tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.
Sampai
bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu
bila
anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi
kes
yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yangmengaku dirinya
ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????
permainan
ini semakin bermaharajalela ditanah air kita....sedarlah.....

Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI
BUMI.......MALAYSIA khasnya....

--- End forwarded message ---