<n_hazima@...> wrote:
Bagaimana mahu menasihati anak,isteri atau suami agar
tidak degil.
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang
tidur hanyalah conscius mind(minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun
ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah keatas
junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah.
Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan
putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah
diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan
suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri
saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan
berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang
anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda
inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu
masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah dizaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man),seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu
Hanifah."Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu
Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan".Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh
bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum
dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah
dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal,
acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita.
Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar
dalam perut isteri.
Sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi
Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah.
Nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Bacakan kisah para
rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya.
__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail SpamGuard - Read only the mail you want.
http://antispam.yahoo.com/tools
--- End forwarded message ---