Rabu, 14 November 2007

Fwd: Al-Islam & Aurat Wanita

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Islah Gateway" <islahgateway@...>
wrote:

Assalamualaikum warahmatullah,

Kelihatan serangan dan penyelewengan ke atas ilmu-ilmu
Islam semakin rancak akhir-akhir ini. Dalam posting
ini ingin saya memberi contoh "serangan" yang
dimaksudkan. Para netters boleh rujuk majalah AL-ISLAM
edisi terkini, artikel yang bertajuk "Memahami Aurat
Wanita."

Sesiapa tidak ada AL-ISLAM boleh rujuk artikel ini di
url:

http://groups.yahoo.com/group/fikrah/message/39582

ULASAN DAN JAWAPAN HF:

Sebenarnya hujah-hujah yang terkandung di dalam
artikel "Memahami Aurat Wanita" hampir sama dengan
sebuah posting yang dikemukakan di yahoo groups
"Idealis Mahasiswa" tahun lepas.

Alhamdulillah saya telah menjawab dan membongkar
pendustaan dan penyelewengan artikel tersebut. Sila
rujuk dalam website saya:

http://www.al-firdaus.com/artikel/auratWanita.htm

Dalam posting saya kali ini, saya akan beri tumpuan
kepada beberapa poin yang terdapat dalam al-Islam yang
tidak terdapat dalam posting asal yang dikemukakan di
yahoo groups "Idealis Mahasiswa" tahun lepas.

Pertama:

Saya mulakan dengan rujukan kepada kitab Hujjah Allah
al-Balighah karangan Syaikh Waliyullah al-Dahlawi.
Dalam jawapan saya yang pertama (sebagaimana di
al-firdaus.com), saya tidak dapat melakukan semakan
kerana tidak memiliki kitab ini. Alhamdulillah
sekarang sudah ada.

OK, mari kita mulakan...

Zainudin Idris telah menukil dan menterjemah kata-kata
al-Dahlawi sebagai berikut:

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab
Hujjatullah al-Balighah pada halaman 688, jilid 2;
beliau berkata:

``Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan
ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan
sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut
adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang
terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia
termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di
sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di
antara perkara yang membezakan manusia daripada
sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu
syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua
kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua
buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang
mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira
yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk
ke dalam bahagian aurat."

Sekian Zainudin Idris.

Komen HF:

Rujukan saya kepada kitab Hujjah Allah al-Balighah
adalah edisi terbitan Dar al-Ma'refah, Beirut 1997,
jld. 2, ms. 219-222. Sesiapa yang memiliki edisi
terbitan syarikat lain boleh rujuk nukilan di atas
dalam bab "Berkenaan Aurat" yang terletak dalam kitab
"Bab-bab yang berkenaan urusan dalam rumah."

Daripada penjelasan al-Dahlawi yang sepanjang 3
mukasurat, Zainudin hanya ambil satu perenggan yang
letaknya di separuh kedua. Agaknya apa kata al-Dahlawi
di separuh pertama ?

Di sini saya tidak akan terjemah semuanya kerana ia
amat panjang. Akan tetapi saya hanya akan kemukakan
poin-poin al-Dahlawi.

Syaikh al-Dahlawi rahimahullah memulakannya dengan
menjelaskan bahawa apabila seorang lelaki memandang
aurat wanita, ia akan menimbulkan syahwat yang
akhirnya membawa kepada perkara-perkara maksiat. Atas
dasar ini maka Islam menggariskan beberapa cara untuk
menutup jalan-jalan yang akan membawa kepada syahwat
dan kemungkaran ini. Antara jalan-jalan tersebut
adalah:

[1] Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar
apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya
ialah firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap diam di
rumah kamu" [al-Ahzab 33:33]

[2] Wanita memakai jilbab (tudung) dan tidak
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami dan
mahramnya. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah
al-Nur 24:31. Rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada
(1) wajah sebagai bentuk pengenalan dan (2) tangan
kerana ia banyak membuat kerja. Selain itu rukhsah
juga diberi kepada wanita tua yang sudah tiada daya
tarikan.

[3] Tidak boleh berdua-duan (khalwat).

[4] Tidak boleh memandang aurat sesama jantina. Lelaki
tak boleh pandang aurat lelaki, wanita tak boleh
pandang aurat wanita.

[5] Tidak boleh sesama jantina tidur satu "pakaian",
yakni tidur satu selimut bersama-sama. Poin ke 4 & 5
ini untuk mengelakkan kemaksiatan seperti gay &
lesbian.

Demikian ringkasan daripada keterangan al-Dahlawi.
Jelas daripada keterangannya bahawa aurat wanita
bukanlah kemaluan depan belakang sahaja tetapi semua
kecuali muka dan tangan. Ini adalah sebagaimana yang
kita semua fahami dan amalkan sekarang ini.

Sekarang tibalah kita ke perenggan yang dinukil dan
diterjemahkan oleh Zainudin. Perhatian kita ditumpukan
kepada satu ayat yang diterjemah oleh Zainudin
sebagai:

"Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat
tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan
dubur/belakang), dua buah kemaluan..."

Sengaja atau tidak, Zainudin telah meninggalkan huruf
"waw" sebelum perkataan "dua kemaluan". Teks Arab yang
sebenar ialah:

ÝáÐáß ÃæÌÈå ÇáÔÑÚ æÇáÓæÃÊÇä....

Sekalipun kita biasa menterjemah huruf "waw" sebagai
"dan", yang benar di dalam ilmu bahasa Arab huruf
"waw" memiliki 5 peranan atau fungsi. Peranan huruf
"waw" di dalam ayat di atas adalah untuk memberi
tumpuan atau penekanan (emphasis) sehingga
terjemahannya dalam bahasa kita adalah:

"Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat
tersebut, khasnya dua kemaluan..."

Dhamir "nya" yang diterjemahkan sebagai "tersebut"
merujuk kepada awal perenggan: "...maksudkan ialah
anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab
ia terbuka di hadapan khalayak ramai.."

Dalam ertikata lain, terjemahan yang dikemukakan oleh
Zainudin memberi erti kononnya di sisi al-Dahlawi
aurat yang perlu ditutup adalah DUA KEMALUAN SAHAJA.

Akan tetapi maksud sebenar al-Dahlawi, yang perlu
ditutup ialah SEMUA ANGGOTA BADAN YANG MENDATANGKAN
AIB TERUTAMANYA DUA KEMALUAN.

Maksud sebenar al-Dahlawi ini selari dengan apa yang
beliau jelaskan sejak dari awal (sebagaimana yang
telah saya ringkaskan poin-poinnya di atas). Akan
tetapi Zainudin hanya kemukakan SATU PERENGGAN yang
terletak di separuh kedua perbincangan dengan
terjemahan YANG SALAH sehingga akhirnya tersasar jauh
daripada maksud sebenar al-Dahlawi.

Semoga Allah memelihara para alim ulama' kita daripada
fitnah seperti ini.

Seterusnya Zainudin menulis:

"Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa
paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam
syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam
surah al-A'raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak
Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup
kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan
pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik."

Sekian Zainudin.

Komen HF:

Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggung jawab.
Kata-kata al-Dahlawi sebenarnya hanyalah sehingga
""Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu
bahawa paha itu aurat?" Itupun telah berlaku beberapa
lagi kesilapan menterjemah.

Selebihnya bukan kata-kata al-Dahlawi tetapi kata-kata
Zainudin sendiri. Akan tetapi Zainudin tidak
memecahkannya kepada perenggan baru, seolah-olah ia
masih merupakan kata-kata al-Dahlawi.

Selain itu, perbincangan syari'at Islam tentang aurat
wanita tidak terletak dalam ayat 26 surah al-'Araf.
Ini contoh terbaik penyalah-gunaan ayat al-Qur'an.

========

Kedua:

Zainudin menulis:

"Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat
yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam
as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan
perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka
menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup
sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut
adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan
Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam
as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam
orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum
lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga
dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan
belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah,
apakah lagi di luar sembahyang."

Sekian Zainudin.

Komen HF:

Kata-kata di atas tidak berdasarkan rujukan ilmiah
tetapi sekadar untuk membenarkan teori kaum modernis
bahawa memakai tudung hanyalah budaya Arab dan
bukannya tuntutan agama.

Sejauh manakah kebenaran teori Zainudin ini ?
Kata-kata berikut: "Akan tetapi Imam Malik, guru
kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat
resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan
kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu
juga dengan kaum wanitanya" adalah bukti yang jelas
akan kesalahan teori Zainudin.

Cuba para netters perhatikan:

[1] Imam Malik rahimahullah tidak pernah keluar
daripada Madinah sepanjang hayatnya kecuali untuk
menunaikan ibadah Haji di Kota Mekah. Jauh sekali
bahawa Imam Malik pernah ke Eropah.

[2] Orang Eropah tak pernah ke Madinah, kerana
Semenanjung Arab adalah tanah larangan bagi kaum
kufar.

[3] Manhaj fiqh bagi Mazhab Imam Malik ialah amalan
penduduk Madinah, bukan Eropah.

[4] Di zaman Imam Malik, iaitu lebih kurang 1200 tahun
yang lalu, wanita-wanita Eropah sendiri berpakaian
sepenuhnya. Mereka tak pakai "seluar dalam" sahaja
sehingga menampakkan anggota badan yang lain.

=========

Ketiga:

Seterusnya Zainudin menukil kata-kata Imam Abu Bakar
al-Jassas. Sebenarnya dalam kata-kata Imam al-Jassas
tidak terkandung apa-apa hujah yang dapat membantu
Zainudin. Ia dinukil sekadar memberi solekan kosmetik
kepada para pembacanya.

======

Keempat:

Seterusnya Zainudin menukil kata-kata Ibn 'Arabi dari
kitabnya al-Futuhat al-Makkiah. Saya tidak ada kitab
ini, jadi tiada komen buat masa ini.

Akan tetapi ingin saya tarik perhatian para netters
kepada ejaan Zainudin.

Terdapat dua orang yang bernama hampir sama: Ibn
'Arabi dan Ibn al-'Arabi. Yang pertama adalah tokoh
Sufi yang dihukum sesat oleh banyak ulama, yang kedua
adalah seorang tokoh besar Mazhab Maliki.

Pengarang al-Futuhat al-Makkiah ialah Ibn 'Arabi
(tanpa AL), akan tetapi Zainudin telah menyebutnya
sebagai Ibn AL-Arabi.

Isyyy, jika bab "alif lam" berlaku kesilapan, pasti
sahaja bab aurat dalam syari'at Islam terlebih-lebih
silapnya.

=======

Kelima:

Zainudin seterusnya membuat rumusan:

"Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala
nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan
telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa
aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya
manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul
dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau
perempuan.."

Sekian Zainudin.

Komen HF:

Di atas jelas satu dusta. Malah ini adalah satu
rumusan yang menyalahi nukilan-nukilan Zainudin
sendiri.

Perhatikan 2-3 perenggan sebelum rumusan di atas,
Zainudin sendiri telah menukil kata-kata Ibn 'Arabi
dalam aurat wanita:

"Pada bahagian `Batas aurat perempuan' pula beliau
berkata: "SEBAHAGIAN ulama mengatakan keseluruhan
tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak
tangan. ADA PULA ULAMA yang mengatakan demikian dengan
tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat. ADA YANG
MENGATAKAN perempuan keseluruhannya aurat."

Daripada nukilan kata-kata Ibn 'Arabi ini, sudah jelas
ada 3 pendapat. Lalu bagaimana Zainudin boleh membuat
rumusan ijmak ke atas satu pendapat yang tidak
termasuk dalam mana-mana daripada 3 pendapat di atas ?

Di sini kita tak perlu fikir atau bahas panjang kerana
rumusan Zainudin telah dibatalkan oleh nukilan yang
beliau sendiri kemukakan.

=====

Sehingga ini sahaja komen saya ke atas bahagian
pertama artikel Zainudin tentang aurat wanita. Kita
nantikan sambungan bahagian kedua.

Sebenarnya saya tidak kisah jika Zainudin hanya ingin
memakai daun di depan dan belakang kemaluannya ketika
ke pejabat atau bersiar-siar. Demikian juga, sesiapa
yang berpendapat aurat hanyalah dua kemaluan,
DIPERSILAKAN. Akan tetapi janganlah membenarkan
pendapat ini dengan atas nama "Syari'at Islam" atau
"Hujah para ulama Islam."

Kepada warga netters yang saya muliakan:

[1] Berhati-hatilah dengan orang yang berbicara agama
demi mencapai tujuan atau objektifnya tersendiri.
Fitrah manusia memang suka mencari nama dan kedudukan.
Jika tak boleh buat cara baik, buatlah cara tak baik.

Jika kita perhatikan artikel Zainudin di atas, jelas
dia telah buat kajian dengan membuka kitab-kitab
besar. Akan tetapi untuk apa kajiannya ? Tidak lain
ialah menyalah gunakan kata-kata ulama' untuk
membenarkan teorinya sendiri.

Cuba perhatikan nukilan Zainudin daripada kitab
Bidayatul Mujtahid di akhir artikelnya. Kemudian rujuk
kepada jawapan saya dalam al-firdaus.com. Perhatikan
bagaimana dia menukil sebahagian dan meninggalkan
sebahagian.

[2] Kita perlu bersatu untuk memerangi orang-orang
seperti ini. Mereka memiliki kekuatan media, akan
tetapi kita memiliki kekuatan kebenaran. Yang tinggal
ialah menyebarkan kebenaran tersebut.

Maka janganlah malu-malu atau keberatan untuk sebarkan
e-mail ini atau mana-mana e-mail dan tulisan yang
seumpama daripada penulis lain. Sebarkannya kepada
lain-lain groups, forum dan rakan-rakan. Tampalkannya
di papan notis pejabat dan sebagainya.

Jika kita orang Islam tak melakukannya, maka siapa
lagi ?

Firman Allah:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang
lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah
dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Wassalam.
Hafiz Firdaus.

--- End forwarded message ---