Rabu, 14 November 2007

Fwd: Cara Betul Memakai Cincin

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Noorhazima Ahmad Hussain
<n_hazima@...> wrote:

Baik lelaki atau wanita ( khususnya ) memang suka
berhias. Tidak salah jika berhias itu kena pada
tempatnya dan masih dalam batasan syariat. Bila sebut
sahaja tentang berhias, bagi kaum wanita pasti ada
kaitan dengan barang kemas. Paling tidak pun sebentuk
cincin menghiasi jejari kita. Pendek kata, lelaki juga
tidak ketinggalan memakai cincin.

Cincin pertunangan, cincin pernikahan, cincin
hantaran, cincin hadiah, macam ? macam cincin. Ada
yang memakai cincin hingga penuh jari-jemari.
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu jari mana yang
sunnah disarungkan cincin.

Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina
Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina
Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali,
jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking.

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari
tengah ( jari hantu ) dan jari telunjuk. Kenapa?
Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum
Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka
kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah
ssunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin.
Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala
pula.

__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail SpamGuard - Read only the mail you want.
http://antispam.yahoo.com/tools

--- End forwarded message ---